Berang dengan pasangannya lebih banyak bermain telefon bimbit ketika makan malam, wanita ini bertindak merampas dan membuang telefon bimbit lelaki itu ke dalam periuk yang sedang mendidih.
Kejadian itu berlaku di sebuah restoran di Chongqing, selatan barat China.
Video rakaman menunjukkan pasangan terbabit bertengkar sebelum wanita itu bertindak merampas telefon teman lelakinya.
Dalam video itu, lelaki terbabit kelihatan memegang chop stick dan di sebelah tangannya pula memegang telefon bimbit.
Lelaki itu berjaya mendapatkan semula telefon bimbitnya dengan bantuan pelayan restoran, tetapi tidak dapat dipastikan sama ada ia masih dapat berfungsi atau tidak.

Video kejadian itu pantas menular di media sosial China dan mendapat pelbagai reaksi netizen. Ada yang mendakwa lelaki itu memang layak mendapat hukuman tersebut, tetapi yang lain pula mendakwa teman wanitanya bertindak melampaui batas.
“Main telefon ketika makan malam adalah satu perbuatan yang biadab.” kata netizen.
“Dia tak perlu mahupun mengejar teman wanita dia, telefon yang diutamakan. Nampak sangat,” kata netizen lain.

Sumber: Next Shark
Add comment