CheckSini
Cara Memohon & Panduan Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank Akibat COVID-19

Cara Memohon & Panduan Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank Akibat COVID-19

Dunia telah dikejutkan dengan penularan wabak Koronavirus atau dikenali kini dengan COVID-19 semenjak Disember 2019. Bukan sahaja dari segi kesihatan manusia sahaja yang terjejas terutamanya, malah sektor ekonomi juga menunjukkan penurunan dan kejatuhan. Setakat ini 165 buah negara yang terlibat atau terkena wabak penyakit ini termasuklah negara Malaysia.

Justeru itu, kerajaan telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 untuk menangani impak COVID-19. Turut tampil meringankan beban rakyat dalam hal ini adalah pihak bank yang menawarkan penangguhan ansuran bank

Gambar Kredit hihome.asia

Penangguhan ansuran bank atau dikenali dengan nama moratorium adalah penangguhan secara rasmi bayaran ansuran bulanan daripada peminjam atau pembayar kepada pihak bank tanpa sebarang denda atau caj penalti. Dengan kata mudah, pelanggan bank tidak perlu membayar ansuran yang dibuat bersama bank tersebut mengikut jumlah bulan yang ditetapkan dalam tawaran moratorium yang diumumkan. Bayaran ansuran akan bersambung semula setelah tempoh moratorium tamat

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa mulai 18 Mac 2020 dan akan berakhir 31 Mac 2020 nanti, ramai pekerja dijangka terjejas khususnya pendapatan mereka. Ini kerana ada syarikat yang terpaksa meminta pekerja bercuti tanpa gaji atau unpaid leave. Bukan itu sahaja, bagi golongan peniaga seperti di pasar tani dan pasar malam, mereka juga turut terjejas kerana tidak dibenarkan beroperasi

Oleh sebab itu, Persatuan Bank dalam Malaysia telah mengumumkan bahawa ahli-ahlinya komited dalam membantu rakyat Malaysia menghadapi krisis dunia ini. Setakat ini, beberapa buah bank atau entiti pembiayaan yang telah secara rasmi mengumumkan penawaran moratorium kepada kepada pelanggan mereka sama ada bagi individu atau syarikat kecil dan sederhana. Para pembayar yang ingin mendapatkan bantuan ini perlulah membuat permohonan moratorium seperti yang akan dikongsikan di bawah

Permohonan Moratorium Cara Mohon Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank

Berikut disediakan cara untuk membuat permohonan penangguhan bayaran pinjaman bank akibat wabak COVID-19. Permohonan moratorium ini bergantung kepada setiap bank yang mengambil bahagian dan berikut adalah senarainya dan maklumat lain yang berkaitan.

DEFINISI MORATORIUM

Moratorium adalah penangguhan rasmi sementara bayaran ansuran bulanan pinjaman dengan pihak bank sehingga 6 bulan
Pelanggan bank (peminjam/pembayar) tidak perlu membayar ansuran bulanan selama tempoh moratorium dan bersambung setelah ia tamat.

* * Kelulusan adalah tertakluk kepada bank masing-masing

SIAPAKAH YANG LAYAK

  • Individu yang terkesan akibat COVID-19 (Cuti tanpa gaji, diberhentikan)
  • Pemilik perniagaan yang terkesan akibat COVID-19

PRODUK PINJAMAN YANG DIBENARKAN PENANGGUHAN

  • Pembiayaan Peribadi
  • Pinjaman Pembiayaan Rumah
  • Sewa Beli (Kereta)
  • Kad Kredit
  • Pinjaman SME
  • Overdraft /CL-i

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

Individu

  1. Surat tunjuk sebab majikan (tiada bayaran / pengurangan OT / separuh gaji etc)
  2. Slip gaji menunjukkan pengurangan (sebelum dan selepas COVID-19)
  3. Penyata bank (sebelum dan selepas COVID-19)

Pemilik Perniagaan

  1. Penyata Bank (sebelum dan selepas COVID-19)
  2. Pesanan yang telah dibatalkan
  3. Jualan bulanan (sebelum dan selepas COVID-19)

CARA MEMBUAT PERMOHONAN PENANGGUHAN BAYARAN ANSURAN PINJAMAN

  1. Permohonan boleh dibuat di cawangan-cawangan bank atau melalui telefon bank masing-masing
  2. Minta borang Moratorium COVID-19 daripada bank yang dikunjungi dan lengkapkannya sebelum hantar

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk dokumen daripada Persatuan Institusi Perbankan Islam seperti pautan di bawah untuk senarai Bank yang terlibat serta no. telefon yang boleh dihubungi.

AIBIM Bantuan Moratorium Akibat COVID-19

Full Kredit : MySumber

Hang Maklum

i love sharing

Add comment

Jom! Follow

Supaya anda tidak terlepas info viral terkini daripada kami.