CheckSini

Prosedur Tarik Kereta

Tarik kereta merupakan salah satu perkara yang amat-amat takuti dan sebolehnya dielakkan kerana kita sering dihidangkan dengan cerita-cerita yang kurang enak ketika proses tarik kereta dilakukan.

Tetapi tahukah anda dengan jelas bagaimana keseluruhan prosider tarik kereta yang sah disisi undang-undang Malaysia. Berikut merupakan penerangan jelas daripada pengamal undang-undang iaitu Cik Liana di facebook beliau.

Assalamualaikum & selamat sejahtera.

Sepanjang saya menambah rakan kenalan saya di Facebook ini, telah ada beberapa orang bertanyakan kepada saya tentang isu kereta mereka ditarik atau disita oleh pihak Bank. Kadangkala saya tidak mempunyai masa yang cukup untuk menjawab setiap pertanyaan secara personal. Oleh itu, saya harap artikel yang berikut dapat di share dan memberi manfaat kepada anda semua:-

  1. Akta yang terpakai & berkuatkuasa adalah Akta Sewa Beli (Pindaan) 2010.
  2. Institusi Kewangan tidak dibenarkan untuk menyita kenderaan di mana pembayaran pinjaman telah dilunaskan 75% ke atas, melainkan dengan perintah mahkamah yang sah .
  3. Kenderaan yang terletak di dalam kawasan rumah TIDAK boleh ditarik.
  4. Kenderaan yang terletak di kawasan awam TIDAK boleh ditarik luar waktu 9.00AM-9.00PM.
  5. Penarik kereta WAJIB mempunyai dan menunjukkan kad pengenalan surat wakil kuasa dari Institusi Kewangan dan arahan penarikkan sewaktu mahu menarik kenderaan.
  6. Sebuah kenderaan hanya boleh ditarik SELEPAS laporan polis dibuat.
  7. Penarik kereta DILARANG bersifat gangster atau melakukan kekerasan melampau sewaktu menarik kenderaan.
  8. Agen penarik kereta juga mestilah mempunyai kad autoriti Ejen Perolehan Semula (EPS) daripada KPDNKK.

Pemegang Permit Ejen Pemilikan Semula (EPS) juga perlu memiliki kad permit EPS yang sah dan masih dalam tempoh sah laku semasa menjalankan aktiviti pemilikan semula kenderaan atau barangan.

Sekiranya agen penarik kereta datang lebih daripada seorang, kesemua daripada mereka mestilah mempunyai kad EPS. Sekiranya salah seorang daripada mereka gagal menunjukkan kad tersebut, anda berhak untuk membuat laporan polis kerana membawa gangster. Anda juga boleh membuat laporan polis kerana mereka telah menyalahi akta pengguna.

  1. Pemilik WAJIB diberi masa yang mencukupi untuk mengeluarkan barangan peribadi SEBELUM kenderaan ditarik.
  2. Proses tarik kereta bermula dengan syarikat kewangan menghantar surat dikenali sebagai Notis Jadual Keempat. Surat ini adalah notis bertulis 21 hari menyatakan tindakan syarikat kewangan berkaitan untuk menarik balik kenderaan tersebut. Dua mingu (14 hari) selepas tarikh Notis Jadual Keempat dikeluarkan, akan dikeluarkan pula notis kedua. Maksudnya lebih kurang sama, iaitu untuk menyatakan hasrat syarikat kewangan untuk menarik balik kereta tersebut selepas tarikh luput notis Jadual Keempat.

Harus diingat bahawa surat ini akan dihantar kepada penyewa ke alamat terakhir di dalam rekod mereka. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab penyewa untuk mengemaskini apa-apa pertukaran alamat yang berlaku.

Di dalam 21 hari selepas kereta ditarik, syarikat kewangan akan memberi notis kepada penyewa dan setiap penjamin di dalam perjanjian sewa beli tersebut yang dikenali sebagai Notis Jadual Kelima. Di dalam notis ini tertulis kebenaran untuk si penghutang membayar balik jumlah hutang kepada pihak syarikat kewangan.

Selepas itu, penyewa boleh mendapatkan balik kenderaan yang ditarik setelah menjelaskan jumlah ansuran yang tertunggak dan kos-kos berkaitan sewaktu proses tarik dilakukan (kos penyimpanan, baik pulih, selenggaraan). Penyewa juga boleh mendapatkan balik kereta tersebut setelah membayar jumlah baki hutang sewa beli termasuk kos-kos berkaitan.

Jika kedua-dua perkara ini tidak terjadi dalam masa 21 hari setelah Notis Jadual Kelima dihantar, pihak syarikat kewangan berhak untuk menjual kenderaan tersebut melalui kaedah lelong.

  1. Jika ada apa-apa masalah ā€“ terutamanya mengenai proses tarik kereta, seperti kekasaran ataupun pencerobohan premis tanpa izin penyewa ā€“ ada beberapa pihak yang dapat membantu. Yang paling penting adalah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia, Khidmat Biro Bantuan Guaman dan Persatuan Syarikat-Syarikat Sewa Beli Malaysia.
  2. Sekalipun penyewa telah meninggal dunia, ansuran bulanan yang tidak dibayar selama empat bulan berturut-turut juga membolehkan kenderaan tersebut ditarik semula oleh syarikat kewangan.

Semoga perkongsian ini bermaanfaat untuk anda yang mungkin berada dalan situasi tarik kereta.

Sumber dari Liyana

Hang Maklum

i love sharing

Add comment

Jom! Follow

Supaya anda tidak terlepas info viral terkini daripada kami.