CheckSini
cara-semak-saman-polis-jpj-aes

Cara Semak Saman Polis, JPJ & AES Secara Online.

Anda tak pasti kenderaan ada mempunyai saman tertunggak? Kini zaman teknologi dihujung jari anda boleh terus semak saman Polis, JPJ & AES secara online malah boleh terus bayar saman secara online juga.

1. SEMAK SAMAN MYEG

Antara servis yang ditawarkan MyEG termasuklah semak saman JPJ, Polis, AES dan servis memperbaharui insurans kenderaan.

Untuk check saman, caranya:

  1. Layari laman web rasmi MyEG di https://www.myeg.com.my/
  2. Kemudian login menggunakan butiran yang telah didaftarkan sebelum ini (jika belum daftar sebagai pengguna sila daftar dahulu)
  3. Pergi ke pautan e-Services dan pilih sama ada nak semak saman PDRM / JPJ / AES
  4. Kemudian paparan saman akan dikeluarkan
  5. Jika ingin membuat pembayaran anda boleh teruskan kepada pembayaran online

2.  CHECK SAMAN JPJ & AES

CARA-CHECK-SAMAN-JPJ-AES

Anda boleh check kesemua saman JPJ termasuk AES di portal rasmi JPJ. Anda hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan dan nombor kenderaan sahaja. Tidak perlu daftar sebagai pengguna portal.

Caranya:

  1. Layari portal Semakan Saman JPJ (klik sini)
  2. Kemudian pilih sama ada ingin memasukkan nombor ID sahaja atau nombor ID dan nombor kenderaan
  3. Klik butang Semak
  4. Sistem akan memaparkan laporan saman sekiranya anda mempunyai saman JPJ / AES

Berikut adalah penerangan saman JPJ / AES:

  • JPJ – Rekod notis/saman akan diwujudkan ke atas pemandu atau pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan jalan raya.
  • AES – Satu sistem pengesanan dan merakam secara automatik kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesan yang dipasang di atas jalan dan perakam imej kesalahan menggunakan kamera (gambar dan video).

Selain itu, anda juga boleh semak nombor plat terkini di portal JPJ.

3. SEMAK SAMAN RILEK

CARA-CHECK-SAMAN-RILEK

Satu lagi portal yang memudahkan anda check saman online adalah portal RILEK.

RILEK juga banyak menyediakan diskaun saman. Terbaru mereka menyediakan potongan diskaun sebanyak 10% untuk pembayaran saman PDRM melalui RILEK.

Anda juga boleh semak status insolvensi dan saman DBKL di RILEK. Caranya:

  1. Layari portal RILEK di https://www.rilek.com.my/
  2. Sila daftar sebagai pengguna
  3. Kemudian login menggunakan username & password yang telah didaftarkan
  4. Kemudian klik pada menu “Search By” dan pilih semak saman JPJ / Polis
  5. Isi maklumat yang diminta dan klik butang Semak

RILEK menyediakan pembayaran secara online melalui perbankan Internet termasuk M2U, CIMB Clicks, Public Bank dan sebagainya.

4. SSO PDRM

PDRM turut menyediakan satu portal khas bagi memudahkan semakan saman. Melalui sistem Sistem Semakan Online (SSO) ini, anda boleh menyemak status saman dan status pengambilan jawatan kosong terkini.

Layari https://sso.rmp.gov.my/ untuk maklumat lanjut

5. SEMAKAN SAMAN SMS

CARA-CHECK-SAMAN-SMS

Selain semakan saman online, anda juga boleh semak melalui SMS. Caranya:

Check Saman Polis SMS

  1. Taip POLIS SAMAN<jarak>No. Kenderaan
  2. Hantar ke 15888
  3. Contoh: POLIS SAMAN AKU8055

Atau

  1. Taip POLIS SAMAN<jarak>No. Kad Pengenalan
  2. Hantar ke 15888
  3. Contoh: POLIS SAMAN 860511057812

Semak Saman JPJ SMS

  1. Taip JPJ Saman<jarak>No. KP
  2. Hantar ke 15888
  3. Contoh: JPJ Saman 860511057812

Atau

  1. Taip JPJ Saman<jarak>No. Kenderaan
  2. Hantar ke 15888
  3. Contoh: JPJ Saman AKU8055

BONUS: RAYUAN DISKAUN SAMAN

Berikut adalah langkah-langkah rayuan diskaun saman PDRM sebelum ini:

  1. Semak saman untuk mengetahui berapa banyak saman dan berapa jumlahnya secara total
  2. Kemudian SAMANCOPS akan membuat semakan kompaun dan memaklumkan berapa diskaun yang layak diterima
  3. Jika bersetuju dengan amaun yang diberitahu anda boleh terus kepada pembayaran
  4. Clearance saman anda akan dibuat dalam masa 24 jam selepas pembayaran

Antara rayuan saman yang diterima adalah:

  • Saman BLACKLISTED
  • Saman WARAN
  • Saman SPEEDING
  • Saman NO-PARKING
  • Saman KEMALANGAN
  • Semua saman yang dikeluarkan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia termasuk Trafik, MPV atau GD

Sumber : Maklumat lanjut boleh layari https://semakanonline.com/check-semak-saman-jpj-polis-online/

Hang Maklum

i love sharing

Add comment

Jom! Follow

Supaya anda tidak terlepas info viral terkini daripada kami.