THYLANE Blondeau menjadi tajuk utama di seluruh dunia apabila dia dinobatkan sebagai ‘gadis paling cantik di dunia’ sedekad yang lalu – ketika dia berusia enam tahun.
Dan sekarang beliau memenangi untuk kali kedua, pada usia 17 tahun.

Remaja jelitawan ini merupakan anak perempuan kepada pemain bola sepak Perancis, Patrick Blondeau dan pereka fesyen Veronika Loubry.
Thylane Blondeau memulakan kerjaya model pada usia empat tahun ketika dia berjalan di landasan peragaan untuk jenama Jean Paul Gaultier.
Senarai calon acara tahunan TC Candler ini telah menamakan 100 muka paling cantik tahun ini dan video bagi pemenang tahun ini telah mendapat lebih dua juta view dalam masa dua hari sahaja.
Pengiktirafan ini sangat membanggakan dirinya kerana anugerah ni adalah sebagai salah satu anugerah paling tinggi. Antara calon lain adalah pelakon Amerika-Filipina Liza Soberano yang yang mendapat tempat keempat tahun ini, model Israel Yael Shelbia ketiga dan penyanyi Taiwan Chou Tzu-yu yang mendapat naik juara.
Thylane telah mengucapkan terima kasih melalui Instagram kepada peminatnya atas sokongan mereka dengan menulis
Saya sendiri tidak percaya … terima kasih kepada semua orang yang mengundi ..
“Saya tidak pernah menyangka akan menjadi juara !! Saya berterima kasih kepada anda semua – benar-benar berharap menikmati cuti yang hebat dan menyambut Krismas dengan keluarga anda .. semoga semua terbaik dan cinta anda semua”.
Status Instagram tersebut lebih mendapat lebih 80,000 like, kebanyakan peminatnya membalas
“Anda sangat cantik dan memang layak”.
Sebelum ni pada usia 10, Thylane telah menjadi model termuda yang pernah menyertai peragawan untuk Vogue Paris, walaupun penyertaan itu dikritik kerana terlalu “seksual” pada usia muda kerana memperagakan pakaian pendek dan solek berat.

Beliau kini merupakan duta jenama untuk L’Oreal dan koleksi model SS18 Dolce & Gabbana.
Add comment