Sebuah iklan Audi untuk pasaran China yang berdurasi 34 saat.
Dalam video tersebut dapat dilihat ibu pengantin lelaki meragui menantu perempuannya sebagai ‘Dara’ dan takut menantunya itu ‘Secondhand’.
Selepas itu dapat dilihat ibu itu melakukan pemeriksaan seluruh tubuh wanita dengan kasarnya sehingga ke bahagian sulit seolah-olah menyamakan seperti memeriksa sebuat kereta terpakai.
Netizen China menganggap bahawa iklan tersebut ‘sampah’dan ‘dikriminasi’. Beberapa orang juga meluahkan pendapat bagaimana Audi sebuah syarikat international boleh membiarkan iklan seperti ini disiarkan yang ternyata merendahkan martabat seorang wanita seperti sebuah kereta
Beberapa netizen menyuarakan pendapat di Weibo (platform seperti Twitter di China) untuk memboikot Audi. Namun pihak Audi sendiri dengan pantas memberikan kenyataan setelah mendapat reaksi negatif. Pihak Audi telah permintaan maaf dan sangat menyesal atas kesan daripada iklan tersebut.
Cuba tengok iklan dibawah ni.. Apa pendapat anda?
Add comment